Adakah ibu bapa tahu jika anak anda mengalami masalah sensori pada vestibular iaitu pada keseimbangan? Adakah ibu bapa tahu maksud sensori pada vestibular, masalah yang dihadapi jika anak anda mengalami masalah pada sensori vestibular dan cara untuk mengatasi jika anak anda mempunyai masalah sensori vestibular? Mari kita kenali maksud sensori vestibular, masalah yang dihadapi dan cara untuk mengatasi masalah sensori tersebut.

Sensori vestibular mempunyai dua jenis responsive iaitu yang pertama adalah over responsive dan under responsive. Mari kita ketahui dengan lebih lanjut tentang sensori vestibular bagi over responsive.

Maksud vestibular dengan over responsive ialah :
• Keadaan sistem vestibular seseorang terlalu sensitif dan memberi reaksi yang berlebihan kepada rangsangan pergerakan ataupun perubahan kedudukan seseorang.
• Seseorang yang over responsive terhadap rangsangan vestibular akan merasakan tidak selesa atau tertekan dengan keadaan yang melibatkan pergerakan seperti berayun, berpusing atau bergerak dengan laju.
• Mereka mungkin akan mengalami pening atau kegelisahan apabila terdedah dengan pergerakan yang melibatkan perubahan posisi tubuh badan yang mendadak dan cepat.
• Keadaan ini disebabkan oleh gangguan sebahagian pemprosesan deria di mana otak seseorang sukar untuk memproses maklumat daripada system vestibular dan menyebabkan reaksi berlebihan terhadap rangsangan tersebut.

PERGERAKAN YANG MELIBATKAN OVER RENSPONSIVE TERHADAP VESTIBULAR.STRATEGI UNTUK MENGATASI PERGERAKAN TERSEBUT.
1) Tidak turut serta dalam bermain di taman permainan.– Menyediakan permainan atau aktiviti yang lain yang tidak melibatkan pergerakan pantas.
– Mengalakkan kanak – kanak mengambil bahagian dalam aktiviti naik dan turun.
Contoh aktiviti:
• Melompat Bintang
• Hop scotch
• Berjalan
• Membaling pundi kacang ke sasaran
• Membaling atau menangkap bola
• Pencarian harta karun seperti menyembunyikan barang
2) Tidak bermain menggunakan balance beam, palang dinding dan taliJika menggunakan balance beam untuk menguatkan imbangan:
• Seimbangkan aktiviti di atas tanah untuk memberikan asas sokongan yang kukuh contohnya, berdiri jinjit, seimbangkan satu kaki, melompat di sepanjang garisan.
• Kanak – kanak boleh berjalan di atas permukaan yang luas seperti bangku.
• Kanak – kanak boleh menyeimbangkan satu kaki di atas bola gim dan melakukan aktiviti seperti melempar pundi kacang ke sasaran untuk menyeimbangkan badan.
• Melompat di atas trampolin untuk membina keseimbangan.

Jika menggunakan tali untuk menguatkan bahagian atas badan:
• Menarik tali sambil berbaring di atas perut di atas lantai.
• Tekan tubi dinding
• Merangkak pada laluan berhalangan
• Berbaring terlentang di atas bangku dan menarik diri.
• Angkat berat
• Tarik tali
• Memukul bola dengan kayu pemukul
• Membaling dan menangkap bola yang semakin berat.

Jika menggunakan palang dinding untuk menguatkan otot dan merancang motor:
• Melakukan larian berhalangan seperti terowong, panjat bangku dan melompat di atas permukaan yang rata.
• Merangkak
• Berjalan menggunakan kereta sorong.
• Menggunakan papan skuter.
3) Kanak – kanak akan melakukan pergerakan yang tidak melibatkan pergerakan fizikal atau hanya sedikit pergerakan fizikal.• Membaling dan menangkap bola bersama ibu bapa.
• Membaling bola ke sasaran @ bakul.
• Pergi berjalan – jalan.
• Pencarian harta karun yang melibatkan penyembunyian barang
• Menggunakan strategi visual contohnya kad untuk mencari harta karun.
• Berkebun
4) Kanak – kanak terganggu atau takut apabila duduk di tempat yang tinggi dan kaki tidak menyentuh lantai.• Pastikan kanak – kanak duduk di tempat yang betul dan punggung mereka bersandar di atas kerusi.
• Jika kerusi lebih tinggi daripada mereka, sediakan kotak atau bangku untuk mereka panjat supaya dapat duduk di atas kerusi.
5) Kanak – kanak berasa sakit kepala atau loya semasa melakukan aktiviti vestibular.• Tekan tubi dinding
• Tolak tangan
• Kurangkan aktiviti vestibular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *