Ibu bapa mempunyai anak – anak yang takut akan keseimbangan ? Mari kita kenali kanak – kanak yang mengalami masalah vestibular daripada segi under responsive pula.
MAKSUD VESTIBULAR UNDER RESPONSIVE
• Sensori keseimbangan vestibular under rensponsive bermaksud kanak – kanak mengalami kurang respon terhadap rangsangan vestibular. Apabila seseorang kanak – kanak itu, mengalami under responsive terhadap vestibular, ini akan menyebabkan mereka kurang memberi tindak balas atau menunjukkan rasa peka terhadap perubahan pergerakan tubuh mereka. Contohnya, seseorang tidak merasa pening dan keliru apabila mereka bergerak laju, berputar dan melakukan aktiviti yang melibatkan keseimbangan. Mereka juga kurang sensitive terhadap perubahan tubuh dan merasa tidak cemas apabila berada dalam situasi yang cepat atau ekstrem.
PERGERAKAN YANG MELIBATKAN UNDER RESPONSIVE | STRATEGI YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGATASI UNDER RESPONSIVE |
1) Kanak – kanak gelisah apabila duduk di atas buaian. | • Kanak – kanak duduk di atas gymball dan boleh melantun ke atas dan ke bawah. • Meletakkan theraband di hadapan dan sekeliling kerusi. Ini membolehkan kanak – kanak menendang dan menentang serta mengurangkan kegelisahan kaki. • Tekan tubi kerusi • Tolak dan Tarik tangan |
2) Kanak – kanak tidak duduk diam di kerusi dan sering berjalan. | • Memperkenalkan diet sensory kepada kanak – kanak yang merangkumi soalan apakah, bilakah, berapa kerap dan Dimana untuk merehatkan pergerakan. Aktiviti di tempat yang luas: • Melompat di atas trampolin • Berjalan • Berjoging Aktiviti di tempat yang terhad: • Lompat Bintang • Jogging di sekeliling Kawasan yang terhad • Tekan tubi dinding • Senaman menggunakan theraband. • Menggabungkan pergerakan bersama dengan rutin harian kanak – kanak contohnya, mengumpul sticker apabila melakukan tugasan. |
3) Kanak – kanak melakukan pergerakan impulsif dan pantas | • Mengajar kanak – kanak perbezaan dalam pergerakan iaitu pantas dan lambat. Contohnya, berjalan perlahan di dalam rumah serta berlari di taman permainan ataupun taman. • Melakukan aktiviti bersama kanak – kanak yang berstruktur seperti: a) Hopscotch b) Perlumbaan berganti antara ibu bapa dan kanak – kanak. c) Perlumbaan telur/ bola dan sudu. d) Bermain antara pasukan |
4) Kanak – kanak hilang perhatian semasa duduk dalam tempoh yang lama untuk melakukan aktiviti | • Aktiviti di tempat yang luas – Berjalan di Kawasan yang luas – Berjoging / berlari di taman permainan/ perumahan – Melompat di atas trampolin • Aktiviti di Kawasan yang terhad – Lompat Bintang – Tekan tubi dinding – Berjoging • Aktiviti semasa duduk – Tekan tubi kerusi – Menggunakan theraband semasa melakukan aktiviti. |