Apa itu Terapi Carakerja?

      No Comments on Apa itu Terapi Carakerja?
Terapi carakerja merupakan satu kaedah pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Ia tertumpu kepada memperbaiki kualiti hidup, kebolehan menjalankan aktiviti seharian, penjagaan diri dan kemandirian ditempat kerja dan riadah.
Bagi kanak-kanak berkeperluan khas terapi pemulihan carakerja amat penting kerana ia dapat:
• Membantu kanak-kanak dalam perkembangan asas seperti merangkak, berjalan, berlari, bermain, memakai baju, makan, mandi dan berus gigi.
• Membantu kanak-kanak yang mengalami gangguan perilaku emosi dengan mempelajari teknik-teknik pengurusan emosi.
• Membantu kanak-kanak belajar cara-cara positif untuk menghadapi kemarahan seperti menulis atau melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.
• Mengajar kanak-kanak yang mempunyai masalah fizikal dengan kemahiran koordinasi yang diperlukan seperti makan sendiri.
• Membantu kanak-kank menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *