5 Aktiviti Motor Kasar yang boleh dilakukan di rumah untuk kanak-kanak

  1. Lompat melepasi garisan

Anda boleh menggunakan kapur, tali atau pita pelekat untuk mencipta  garisan yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk melompat. Buat peraturan mudah tentang cara melompat, seperti dengan satu atau dua kaki. Atau melompat terus dua garisan dan berhenti. Kanak-kanak akan belajar bagaimana untuk berhenti dan melompat, dan menunggu giliran mereka.

  1. Spider Web

Anda boleh gunakan benang kait atau benang yang tebal untuk membuat laluang berhalangan dan tambah sepit atau magnet huruf untuk di gantung pada laluan berhalangan. Permainanan ini akan membolehkan kanak-kanak menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah semasa mereka mengharungi laluan berhalangan. Mereka perlu meregangkan, melangkah, merangkak, dan mungkin juga memanjat untuk mengumpul semua huruf atau sepit yang tergantung pada tali.

  1. Memanjat

Aktiviti memanjat sangat bagus untuk melatih kekuatan otot. Memanjat tangga atau memanjat grill boleh melatih kemahiran motor kaki berselang-seli dan pengagihan berat. Anda hanya perlu berwaspada dan menjaga sekiranya mereka terjatuh atau mencederakan diri sendiri.

  1. Menolak bakul

Mengangkat dan menolak ialah kemahiran penting untuk dipelajari oleh kanak-kanak, dan mereka boleh melakukannya dengan aktiviti menolak ini. Tambahkan halangan semasa melakukan aktiviti ini. Minta anak anda bermain permainan tolak semasa waktu mengemas mainan. Bukan sahaja otot kecil mereka akan mendapat senaman, tetapi mereka juga boleh berasa bangga kerana membantu membersihkan rumah.

       

  1. Baling dan tangkap bola

Yang ini agak mudah. Anda jelas boleh melambung bola ke depan dan ke belakang, tetapi anda juga boleh membaling dengan objek yang lebih ringan seperti bulu dan selendang untuk kesan yang berbeza.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *