Kemahiran menggunting merupakan kemahiran yang amat penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak pada usia pra-sekolah.
Hal ini kerana dengan belajar menggunting, ia dapat membantu membina kekuatan tangan, meningkatkan koordinasi mata-tangan, melatih bahagian kiri dan kanan tangan untuk bekerjasama (bilateral integration) dan meningkatkan perhatian kanak-kanak terhadap tugas. Selain itu, semasa menggunakan gunting kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran motor visual dan persepsi visual. Kemahiran ini juga membantu untuk kanak-kanak menguasai kemahiran menulis, meningkatkat keyakinan dan kemampuan mengawal emosi.
Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran menggunting akan mempunyai kesukaran seperti tulisan tangan sukar untuk dibaca, kemahiran motor halus yang kurang cekap, menyalin tulisan dengan lambat dan daya perhatian yang singkat kepada aktiviti berfokus.