Kanak-kanak perlu mengembangkan kemahiran motor halus dan kekuatan tangan mereka sebelum mereka bersedia untuk mula menggunakan gunting. Terdapat banyak jenis aktiviti motor halus yang boleh membantu kanak-kanak bersedia menggunakan gunting.
Kemahiran Motor Halus & Koordinasi Bilateral
Apabila menggunakan gunting, kanak-kanak memerlukan keterlibatan kedua-dua tangan iaitu tangan dominan dan pembantu. Tangan dominan akan memegang gunting dan tangan pembantu akan memegang kertas. Aktiviti di mana kanak-kanak menggunakan kedua-dua tangan bersama-sama, akan membantu mereka membina koordinasi bilateral untuk memotong.
Contoh aktiviti untuk melatih kemahiran motor halus and koordinasi bilateral:
- Koyakkan kertas
- Gunakan penggelek dengan tanah liat
- ‘Lacing beads’ untuk dijadikan rantai
- Letakkan getah pada botol atau tin
Genggam & Lepaskan Gerakan
Ketika anda menggunakan gunting anda memerlukan gerakan buka dan tutup. Kanak-kanak perlu berlatih untuk melakukan gerakan ini sebelum mula menggunting.
Berikut ialah beberapa alatan yang akan membantu kanak-kanak berlatih dan menguasai gerakan ini:
- Mengenggam dan membentuk menggunakan tanah liat dan penekap kuih (cookies cutter)
- Tweezer
- Penyepit makanan
- Chopstick
- Dropper
- Botol semburan
- Sepit baju
- Stapler atau penebuk lubang