Waktu terbaik untuk mengajar anak menulis adalah dari umur empat tahun, ia merupakan waktu yang penting untuk anda mula mengajar anak anda tentang cara menggenggam pensel dengan betulu
Untuk mengajar anak menggengam pensel, ia tidak perlu bermula dengan menulis huruf. Menyurih (tracing) bentuk, melukis gambar mudah, dan juga mewarna adalah aspek penting untuk mempelajari tulisan tangan yang betul.
Genggaman pensel yang sesuai semasa melakukan aktiviti akan membantu menyediakan anak anda untuk menulis dengan mudah pada masa hadapan.
Genggaman dynamic tripod, dengan ibu jari, telunjuk dan jari tengah memegang pensel, adalah cara paling berkesan untuk menulis dengan cepat dan mudah.
Kaedah ini membolehkan anak anda mengimbangi pensel tanpa memberi tekanan yang tidak wajar pada sendi mereka.
Anak anda harus mempunyai genggaman yang sederhana, jika anak anda menggengam pensel dengan kuat, ia akan memberikan tekanan pada tangan mereka dan ia akan menyukarkan untuk anak anda menulis dengan cepat.
Jika anda hanya membetulkan cara genggaman pensel anak anda sahaja, ia mungkin tidak mencukupi. Sebaliknya, penting untuk anda memahami bahawa menulis ialah kemahiran motor halus. Ia memerlukan beberapa latihan motor halus untuk membentuk huruf dengan betul.
Tulisan tangan yang kemas dengan genggaman pensel yang betul juga memerlukan kekuatan tangan.
Melakukan senaman yang akan membolehkan anak anda meningkatkan kekuatan, fleksibiliti dan kawalan mereka akan membantu mereka mengembangkan kemahiran tulisan tangan dengan lebih baik.
Antara aktiviti motor halus yang boleh dilakukan adalah:
- Merenyuk kertas menjadi bola
- Memicit botol semburan
- Bermain dengan playdough / tanah liat
- Memasukkan syiling ke dalam tabung
- Aktiviti memicit penyepit
Genggaman jari adaptif yang bersesuaian juga boleh membantu anak anda menguasai genggaman pensel.
Bertindak lebih awal adalah lebih baik kerana untuk memastikan kejayaan akademik dan profesional anakĀ ialah memastikan mereka tahu cara menulis dengan mudah dan baik.