Soalan-soalan berikut merangkumi beberapa tanda kanak-kanak yang mempunyai masalah gayat atau takut pada ketinggian. Gejala ini merupakan tindak balas ketakutan yang tidak biasa terhadap gerakan dan/atau ketinggian yang tidak mengancam bagi kanak-kanak lain pada umur yang sama. Tidak semua tanda dan gejala dilihat pada mana-mana kanak-kanak, dan sesetengah ada pada kanak-kanak yang tidak mengalami gangguan integrasi sensori. Kanak-kanak juga boleh menunjukkan tindak balas berlebihan terhadap sensasi lain, seperti sentuhan dan bunyi. Sebarang tindak balas yang tidak biasa terhadap aspek sensori, sesuatu situasi atau aktiviti boleh menggangu dan membuat kanak-kanak tidak selesa, dan kanak-kanak yang mempunyai tindak balas ini mudah disalahertikan dan dianggap mempunyai masalah tingkah laku atau emosi.
Adakah kanak-kanak…
- Menjadi gelisah apabila berada di udara atau berusaha untuk mengekalkan kaki di bawah?
- Memiliki ketakutan yang berlebihan terhadap jatuh atau ketinggian?
- Kelihatan terlalu takut untuk naik eskalator atau lif?
- Bertindak balas terhadap gerakan atau perubahan posisi kepala dengan tanda-tanda kesakitan?
- Tidak suka apabila kepalanya terbalik atau condong ke belakang, seperti semasa melakukan somersaults, semasa berguling di lantai, atau semasa bermain secara lasak?
- Tidak berasa seronok seperti kanak-kanak lain di atas peralatan taman permainan atau dengan mainan yang bergerak, atau mengelakkan aktiviti-aktiviti tersebut sepenuhnya?
- Mengelak melompat dari permukaan yang lebih tinggi ke permukaan yang lebih rendah, atau melakukannya dengan usaha dan masa yang lebih banyak? Kelihatan perlahan dalam gerakan-gerakan baru atau gerakan pada permukaan yang tidak rata, seperti masuk ke dalam kereta yang berbeza, berjalan naik atau turun bukit, atau berjalan di atas permukaan yang berlumpur?
- Mengambil masa yang lama untuk naik atau turun tangga dan/atau menggunakan pemegang pagar lebih daripada kanak-kanak lain?
- Mengelak dari memanjat, walaupun memanjat yang mudah ketika dia boleh bergantung dengan kedua-dua tangan?
- Kelihatan takut untuk berjalan di atas permukaan yang ditinggikan seolah-olah ia kelihatan tinggi baginya, walaupun tidak?
- Takut kehilangan keseimbangan?
- Menjadi ketakutan apabila bergerak di sekitar selekoh dengan cepat dalam kereta atau apabila terdapat belokan di jalan?
- Kelihatan menilai ruang atau jarak secara tidak tepat?
- Kelihatan terkejut jika tiba-tiba ditarik ke belakang semasa duduk?
- Mengelak permainan yang melibatkan gerakan yang tidak terduga oleh kanak-kanak lain, terutamanya yang mempengaruhi keseimbangannya, seperti bermain berkejaran, bola sepak, dan dodgeball?
- Kelihatan berasa tidak selamat di tempat-tempat terbuka yang luas?