Aktiviti sensori sentuhan untuk semua peringkat umur

Aktiviti sentuhan ini memberikan pelbagai pengalaman sensori yang sesuai untuk semua peringkat umur. Ia boleh menjadi sangat bermanfaat terutamanya untuk mereka yang mempunyai masalah sensori, kerana ia memberikan peluang untuk meneroka pelbagai tekstur, suhu, dan sensasi. Aktiviti di bawah merupakan beberapa contoh strategi sensori yang boleh diselitkan  dalam pelbagai pengajaran dan aktiviti di dalam bilik darjah dan di rumah.

Menyentuh

  • Menggosok pelbagai tekstur pada kulit
  • Berguling di atas permukaan dengan tekstur yang berbeza
  • Memegang objek dengan tekstur yang berbeza seperti nombor, huruf, atau bentuk kasar dan licin
  • Memegang haiwan
  • Kotak rasa – sebuah kotak dengan objek berbeza tekstur atau objek berbentuk berbeza di dalamnya

Permainan Air

  • Menuang dan mengukur menggunakan alat yang mempunyai tekstur berbeza
  • Mencipta corak di atas tanah menggunakan berus basah, span basah, atau botol yang diisi dengan air
  • Membuat uji kaji dengan suhu berbeza, seperti suhu bilik atau sedikit air hangat, air sejuk, dan ais
  • Menambah objek ke dalam air untuk melihat apa yang berlaku, seperti pasir, glitter, batu, kertas, dan lain-lain
  • Cuba membuat objek terapung dengan menggunakan bahan berbeza

Messy Play

  • Arts and Craft
  • Cap tangan atau jari menggunakan warna
  • Oobleck
  • Tepung dan air

Aktiviti Oral Motor

  • Meniup buih dan belon
  • Minum melalui straw atau botol
  • Mengunyah mainan kunyah atau gula-gula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *