- APA ITU KEMAHIRAN MOTOR KASAR??
Kemahiran motor kasar adalah kemahiran yang memerlukan pergerakan seluruh badan dan melibatkan otot besar untuk melakukan aktiviti seharian, seperti berdiri, berjalan, berlari, melompat, dan duduk tegak di meja. Ia juga merangkumi kemahiran koordinasi tangan-mata seperti kemahiran bola (melempar, menangkap, menendang) serta menunggang basikal atau skuter dan berenang.
2. MENGAPA KEMAHIRAN MOTOR KASAR PENTING
KemahIran motor kasar adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti setiap hari, seperti berjalan dan berlari, kemahiran bermain di taman (cth: memanjat) dan kemahiran bersukan (cth: menangkap, melempar dan memukul bola dengan batang kayu atau raket). Walau bagaimanapun, kemahiran ini sangat penting untuk menguruskan diri setiap hari seperti berpakaian (di mana anda perlu berdiri dengan satu kaki untuk meletakkan sebelah lagi kaki anda ke dalam seluar tanpa jatuh), keluar masuk kereta, baring dan bangun dari katil.
Kemahiran motor kasar juga memainkan peranan yang penting terhadap aktiviti seharian yang lain. Sebagai contoh, kemampuan anak untuk mengekalkan postur yang betul ketika membuat kerja di meja akan mempengaruhi kemampuan mereka untuk mengambil bahagian dalam kemahiran motor halus (cth: menulis, melukis dan menggunting) dan duduk tegak untuk mengikuti sesi pembelajaran di kelas, yang kemudian memberi kesan kepada akademik mereka. Kemahiran motor kasar juga mempengaruhi daya tahan kanak-kanank untuk menghadapi sesi persekolahan sepanjang hari (duduk tegak di meja, bergerak di antara bilik darjah, membawa beg sekolah). Selain itu, ia juga mempengaruhi kemampuan kanak-kank untuk mengawal pergerakan di persekitaran (cth: berjalan di sekitar barang-barang kelas seperti meja, kerusi, naik dan turun tangga). Tanpa kemahiran motor kasar yang baik, kanak-kanak akan menghadapi kesukaran untuk melakukan tugas seharian seperti makan, mengemas mainan mereka, masuk dan keluar dari tandas.