Pegangan pensel anak anda mungkin kelihatan seperti perkara tidak penting untuk dibimbangkan asalkan mereka dapat menulis perkataan di atas kertas. Adakah ia cukup sekadar dapat menulis sahaja tanpa pegangan pensel yang betul??
Sebenarnya,… tulisan tangan mempengaruhi bukan sahaja kepada pembelajaran anak anda, tetapi juga kepada keupayaan mereka untuk ‘menunjukkan apa yang mereka tahu’.
Tulisan tangan merupakan kemahiran penting terutamanya pada kanak-kanak. Tulisan tangan yang baik dan keupayaan untuk menulis dengan mudah adalah kemahiran yang sama penting.
Tidak semua kerja melibatkan duduk di belakang komputer sepanjang hari, malah pekerjaan yang dilakukan mungkin melibatkan keperluan untuk berkomunikasi melalui pen dan kertas atau mencatat nota.
Bukan itu sahaja, tulisan tangan adalah kemahiran literasi kritikal yang akan membentuk cara anak anda berinteraksi dengan perkataan bertulis.
Pegangan pensel adalah penting untuk anak anda belajar menggenggam pensel mereka dengan betul semasa mereka kanak-kanak untuk meningkatkan kelajuan dan kebolehbacaan (legibility) mereka nanti.
Jika anak anda tidak mempelajari genggaman pensel yang sesuai antara umur empat dan enam tahun, mereka akan mengamlami kesukaran untuk membetulkan tabiat itu kemudian hari.
Berikut merupakan contoh
Genggaman pensel berfungsi:
- Tripod Grasp with Open Web Space
- Quadripod Grasp with Open Web Space
- Adapted Tripod or D’Nealian Grasp.
Genggaman Pensel Tidak Matang:
- Fisted Grasp
- Pronated Grasp
- Five Finger Grasp
Genggaman Tidak Berkesan:
- Thumb Tuck Grasp
- Finger Wrap or Interdigital Brace
- Flexed Wrist or Hooked Wrist.
Sekiranya anak anda tidak mempunyai genggaman pensel yang baik, ia akan menyebabkan:
– Kesakitan semasa menulis
– Keletihan dan kesukaran menyiapkan tugasan, terutamanya di sekolah menengah apabila lebih banyak penulisan diperlukan
– Keterbacaan (legibility) yang lemah, yang boleh menyebabkan markah yang lebih rendah
– Kelajuan tulisan tangan yang lebih perlahan, yang menyukarkan untuk mengikuti kerja kelas atau dalm peperiksaanMembetulkan genggaman pensel anak anda semasa mereka masih kecil ialah cara terbaik untuk membantu mereka berjaya dalam pelajaran kemudian hari.