Jika ibu bapa sedang mencari gunting terbaik untuk anak – anak, ibu bapa sepatutnya membeli gunting yang baik dan cukup tajam untuk memotong pelbagai bahan dengan mudah. Hal ini kerana, ia akan dapat mengurangkan ‘frustration’ anak-anak. Pilih gunting dengan gelung jari yang besar pada satu sisi dan gelung jari yang lebih kecil untuk ibu jari di sebelah yang lain. Gunting dengan hujung tumpul adalah lebih selamat untuk permulaan menggunting daripada gunting dengan hujung yang runcing.
Jika ibu bapa mempunyai anak yang mengalami kesukaran dengan gerakan buka dan tutup gunting, cuba sepasang gunting latihan atau gunting adaptif. Kedua-duanya akan terbuka secara automatik selepas anak anda menutup bilah untuk membuat potongan.