Setiap kanak – kanak mempunyai perkembangan pada waktu yang berbeza – beza. Senarai di bawah adalah untuk panduan kepada ibu bapa supaya latihan yang diberikan sesuai dan seiring dengan keupayaan usia kanak-kanak.
UMUR (Tahun) | PENGUASAAN KEMAHIRAN |
1.5 – 2 | Kanak-kanak belajar mengoyak kertas dengan menggunakan jari dengan kedua-dua tangan. |
2 – 2.5 | Kanak-kanak belajar cara membuka dan menutup gunting. Mereka TIDAK bersedia untuk menggunakannya dengan kertas. Ini adalah masa yang sesuai untuk berlatih dengan tanah liat (playdough).
*Sentiasa menggalakkan kedudukan “thumbs up” semasa memegang gunting. |
2.5 – 3 | Kanak-kanak telah menguasai membuka dan menutup gunting, mereka boleh meneruskan untuk membuat ‘snip’ kecil di atas kertas. Mereka tidak akan bergerak ke hadapan di atas kertas dengan gunting, hanya membuat ‘snip’. |
3 | Kanak – kanak boleh membuat ‘snip’ pada kertas sambil menggerakkan gunting ke hadapan melintasi kertas. |
3 – 3.5 | Kanak-kanak mula menggunakan tangan bukan dominan mereka untuk memegang kertas dan membantu memanipulasinya sambil memotong dengan tangan dominan mereka. |
3.5 – 4 | Kanak-kanak boleh menggerakkan gunting untuk garisan lurus sepanjang 6 inci, namun garisan belum tergunting dengan sempurna.
*Sentiasa menggalakkan kedudukan “thumbs up” sambil memegang kedua-dua kertas dan gunting. |
4 – 4.5 | Kanak-kanak boleh menggunting segi empat dan segi tiga |
4.5 – 5 | Kanak-kanak boleh menggunting garisan lengkok, garisan zig – zag dan bulatan. |
5 – 6 | Kanak-kanak boleh mula menggunting gambar yang mudah. |