Persediaan menggunting

      No Comments on Persediaan menggunting

Kanak-kanak perlu mengembangkan kemahiran motor halus dan kekuatan tangan mereka sebelum mereka bersedia untuk mula menggunakan gunting. Terdapat banyak jenis aktiviti motor halus yang boleh membantu kanak-kanak bersedia menggunakan gunting.

Kemahiran Motor Halus & Koordinasi Bilateral

Apabila menggunakan gunting, kanak-kanak memerlukan keterlibatan kedua-dua tangan iaitu tangan dominan dan pembantu. Tangan dominan akan memegang gunting dan tangan pembantu akan memegang kertas. Aktiviti di mana kanak-kanak menggunakan kedua-dua tangan bersama-sama, akan membantu mereka membina koordinasi bilateral untuk memotong.

Contoh aktiviti untuk melatih kemahiran motor halus and koordinasi bilateral:

  • Koyakkan kertas
  • Gunakan penggelek dengan tanah liat
  • ‘Lacing beads’ untuk dijadikan rantai
  • Letakkan getah pada botol atau tin

Genggam & Lepaskan Gerakan

Ketika anda menggunakan gunting anda memerlukan gerakan buka dan tutup. Kanak-kanak perlu berlatih untuk melakukan gerakan ini sebelum mula menggunting.

Berikut ialah beberapa alatan yang akan membantu kanak-kanak berlatih dan menguasai gerakan ini:

  • Mengenggam dan membentuk menggunakan tanah liat dan penekap kuih (cookies cutter)
  • Tweezer
  • Penyepit makanan
  • Chopstick
  • Dropper
  • Botol semburan
  • Sepit baju
  • Stapler atau penebuk lubang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *