‘Red Flag’ Perkembangan Anak yang Ibu Ayah Perlu Tahu!

Setiap kanak-kanak memunyai perkembangan yang berbeza-beza. Anak anda mungkin merangkak atau menyebut perkataan pertama lambat dari anak orang lain. Jangan bandingkan anak-anak anda dengan orang lain. Hal ini kerana, setiap anak mempunyai cara, kemahiran dan perkembangan dirinya sendiri. Berikan mereka masa untuk berkembang. 

Walau bagaimanapun,  terdapat jangka masa untuk anak-anak mencapai dan mempelajari kemahiran baharu. Sekiranya anak-anak tidak dapat mencapai  kemahiran perkembangan yang sepatutnya mereka mahir pada usia-uisa tertentu (6 bulan, 1 tahun,  dsb), ia akan menjadi ‘red flag’ atau tanda bahaya untuk kelewatan  perkembangan. Pencapaian perkembangan (Development milestone) ialah perkara yang kebanyakan (75 peratus) kanak-kanak boleh lakukan pada usia tertentu.

Sekiranya, anak anda mengalami kelewatan perkembangan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk rawatan yang bersesuaian.

Red Flag Perkembangan anak umur 1 hingga 4 bulan

  • Tidak respon kepada bunyi yang kuat
  • Tidak menyedari kedua tangan mereka
  • Mata tidak mengikut objek yang bergerak
  • Tidak mengenggam objek
  • Tidak senyum pada orang lain
  • Leher masih lembik, tidak boleh tegak
  • Tidak membebel ‘no babble’ atau tidak meniru bunyi
  • Tidak membawa objek ke mulut
  • Tidak menolak kaki apabila kaki berada di permukaan rata

 

Red Flag Perkembangan anak umur 7 bulan

  • Otot masih tidak kuat atau terlalu keras
  • Kepala tidak tegak apabila badan ditarik untuk duduk
  • Mencapai dengan hanya satu tangan
  • Tidak suka dipeluk
  • Tidak menunjukkan suka kepada orang yang menyanginya
  • Mata terlalu sensitif keapada cahaya
  • Mempunyai kesukaran untuk membawa objek ke mulut
  • Tidak berguling
  • Tidak dapat duduk sendiri tanpa bantuan
  • Tidak ketawa

 

Red Flag Perkembangan anak umur 1 tahun

  • Tidak merangkak atau merangkak hanya dengan sebelah badan
  • Tidak boleh berdiri walaupun dengan bantuan
  • Tidak mencari barang yang disembunyikan di depan mata
  • Tidak menyebut ‘mama’ atau ‘dada’ atau apa-apa satu perkataan
  • Tidak menunjukkan isyarat. contohnya: menggeleng kepala untuk menunjukkan tidak mahu atau melambaikan tangan untuk perbuatan bye-bye
  • Tidak menjukkan sesuatu barang atau gambar

 

Red Flag Perkembangan anak umur 2 tahun

  • Tidak menyebut minima 15 patah perkataan
  • Tidak dapat menyambung dua patah perkataan. Contohnya: nak susu
  • Tidak meniru perkataan atau perlakuan
  • Tidak mengikut arahan mudah
  • Tidak boleh menolak walker atau permainan yang beroda semasa berjalan

 

Red Flag Perkembangan anak umur 3 tahun

  • Sering jatuh atau mempunyai kesukaran untuk menggunakan tangga
  • Drooling atau cakap tidak jelas
  • Tidak boleh membina menara lebih dari 4 blok
  • Mempunyai masalah untuk manipulasi objek kecil
  • Tidak boleh meniru bulat
  • Tidak boleh membina ayat mudah (3 patah perkataan)
  • Tidak bermain olok-olok
  • Tidak memahami arahan mudah
  • Tidak menunjukkan minat pada rakan sebaya
  • Tidak pandai buat eye contact
  • Kurang minat dengan permainan

Red Flag Perkembangan anak umur 4 tahun

  • Tidak boleh melompat di setempat
  • Tidak dapat menggenggam krayon di antara ibu jari dan jari lain
  • Mengalami kesukaran menconteng
  • Masih berpaut atau menangis apabila ibu bapa meninggalkannya
  • Tidak menunjukkan minat dalam permainan interaktif
  • Tidak berinteraksi dengan kank-kanak lain
  • Mengelak daripada berpakaian, tidur, dan menggunakan tandas
  • Tidak menggunakan ayat lebih daripada tiga patah perkataan

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *